SUKAN DAN PERPADUAN


POLITEKNIK KOTA KINABALU SABAH
KOD KURSUS : MPU21032
TAJUK : SUKAN DAN PERPADUAN
NAMA PENSYARAH : PN FAREEHA NABILA BINTI PUTRA
KELAS :DPR1B



NAMA AHLI KUMPULAN:

1. DG BAINORALIZA BINTI MENJAIR (07DPR20F2069)

2. NURATIRA BINTI MIKIN (07DPR20F2008)

3. NUR SHUADAH BINTI HISHAM (07DPR20F2004)


ISI KANDUNGAN

1. PENGHARGAAN

2. OBJEKTIF

3. PENGENALAN

4. HURAIAN DAN ISI

  • Sejarah sukan 
  • Peranan sukan dalan menyatupadukan perpaduan
  • Faedah sukan dalam perpaduan
5. KESIMPULAN

6. PENUTUP

7. RUJUKAN


PENGHARGAAN

Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek  kami iaitu Puan Fareeha kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami.

Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami kerana telah memberi kami semangat dan dorongan untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pihak yang secara langsung dan tidak langsung membantu kami dalam menjayakan tugasan ini.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada kawan-kawan kami yang turut membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. 

OBJEKTIF

1. Untuk mewujudkan semangat perpaduan Yang berbilang kaum 

2. Dapat mewujudkan keharmonian negara

3.Menggalakkan persaingan Yang sihat 

4. Untuk mengetahui peranan sukan dalam menyatupadukan perpaduan


PENGENALAN

   Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarbangsa. Malaysia terdiri daripada berbagaikaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluanuntuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satusama lain. Selain itu, kegiatan sukan juga boleh menyumbang kearah perpaduan serta dapatmengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan Negara seperti,diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula, pelancaranaktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuahnegara dengan negara yang lain. Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap Negaramenitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.

HURAIAN DAN ISI

SEJARAH SUKAN

SEJARAH SUKAN MALAYSIA (SUKMA)

➢ Sukan Malaysia dikonsepkan ➢ Hanya terdiri daripada 6 sukan seperti

oleh Yang Berhormat Dato Seri tennis, ping pong, lumba basikal,

Anwar Ibrahim, Menteri olahraga dan bola tampar. Namun,

Kebudayaan, Belia dan Sukan cadangan baru untuk melibatkan lebih

pada tahun 1983. banyak bilangan sukan telah dihantar.


➢ Pada mulanya, temasya ➢ Majlis Sukan Negara Malaysia

pertama dicadangkan untuk membuat keputusan untuk

diadakan dari 15 Ogos menganjurkan temasya sukan

hingga 2 September 1985. setiap dua tahun mulai tahun 1986

dan berselang seli dengan sukan

5 Asia Tenggara.


PERANAN SUKAN DALAM MEYATUPADUKAN PERPADUAN

  Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing. Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.



Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah Sukan Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar dalam negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan'. Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa.

        Seterusnya, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti sukan negara. Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Pencapaian di kesemua peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan nasional serta antarabangsa mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika dahulu di belakang Malaysia. Mutu pencapaian di peringkat antarabangsa banyak bergantung kepada organisasi dan bukan semata-mata atlet yang terlibat.



Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara , satu matlamat'.



Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.

   Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan sebagai industri. Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat, objektif, strategi, peranan dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-persatuan sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-institusi pengajian serta badan dan individu yang terlibat dengan sukan. Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi program-program Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. Penggubalannya  adalah berlandaskan rancangan pembangunan negara. Sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang berterusan. Sukan mampu menggalakkan pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan. Sukan memberi peluang dan ruang untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu masyarakat yang bersatu padu ke arah pemupukan maruah bangsa dan negara. Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara.



FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN 




1)INDIVIDU

Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks. 


 2)MASYARAKAT

Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.


 3)ANTARABANGSA

Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing; dan peningkatan kecemerlangan dan imej negara. 


 4)PEMBANGUNAN EKONOMI

Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media dan lain-lain pihak yang berkaitan.


KESIMPULAN

 Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.


PENUTUP

  Tuntasnya,bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum.Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat dicapai.Semuanya bersatu. kerajaan dan pihak -pihak terlibat perlulah memainkan peranan dalam melestarikan bidang sukan dan tidak hanya memandang enteng terhadap bidang sukan.


RUJUKAN

https://utusanborneo.com.my/2020/02/16/sukan-memupuk-semangat-perpaduan-dan-kesukanan

https://www.sinarharian.com.my/article/60309/SUARA-SINAR/Pojok/Sukan-mampu-pupuk-perpaduan-kaum

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sejarah_sukan

https://www.ipendidikan.my/faedah-bersukan-kepada-masyarakat.html

https://www.nsc.gov.my/sukan-malaysia-sukma/

https://www.google.com/search?q=+sukan&tbm=isch&ved=2ahUKEwim6JjAtfjwAhXTIaYKHekXDyAQ2-cCegQIABAA&oq=+sukan&gs_lcp=CgNpbWcQAzICCAAyAggAMgIIADICCAAyAggAMgIIADICCAAyAggAMgQIABBDMgIIADoGCAAQBxAeUMwnWN0sYK00aABwAHgCgAGoA4gB1A2SAQcyLTEuMi4ymAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=FjK3YKaFGNPDmAXpr7yAAg&bih=657&biw=1366&hl=ms

https://www.mstar.com.my/sukan

Ulasan